Wednesday, February 20, 2008

REMAJA & KONFLIKS

CABARAN REMAJA
Perubahan-perubahan fizikal, emosi dan social semasa remaja memberi kesan terhadap kesihatan mental.
Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Remaja
> Keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri
> Sering merasa diri disalahfahamkan dan dipersalahkan
> Merasa diri dilayan secara tidak adil
> Kesunyian
> Sukar memahami emosi
> Susah membuat keputusan
Hubungan Dengan IbuBapa
Remaja yang mempunyai hubungan baik dengan ibubapa mereka sering menjalin perhubungan yang mesra dengan orang lain. Mereka juga kurang mengalami masalah kesihatan mental.
Cara-Cara Menjalin Perhubungan Yang Lebih Rapat Dengan IbuBapa
> Menghormati dan sedia meneriam tunjuk-ajar dan teguran mereka
> Membincangkan masalah anda dengan mereka
> Meluahkan perasaan dan pendapat anda secata terus terang
> Tunjukkan kasih sayang anda melalui kata-kata ataupun perbuatan
> Cuba memahami masalah dan beban ibubapa anda
> Meraikan harijadi mereka
> Ingatlah bahawa ibubapa menyayangi anda dan mahukan yang terbaik untuk anda
MENANGANI EMOSI
Keupayaan memahami emosi adalah penting di dalam kehidupan harian
Apabila Anda Merasa Marah
>Tarik nafas sedalam-dalamnya. Beredar dari suasana tegang (jika perlu)
> Berfikir sebelum bertindak
> Tanya diri sendiri
--> Kenapa saya marah ?
--> Apalah punca masalah ?
--> Apakah yang telah saya lakukan ?
PENYELESAIAN KONFLIK
> Kenalpasti punca konflik
> Dengan dulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain
> Nyatakan apa yang anda kehendaki dan mengapa anda marah
> Janganlah menyalahkan orang lain
> Tumpukan perhatian kepada tindakan yang menyebabkan konflik
> Bertenang semasa menerangkan pendapat anda
>Bincangkan bersama cara-cara penyelesaian masalah
Remaja yang Positif
> Bertimbang rasa
> Yakin terhadap diri sendiri
> Sedia menerima nasihat dan teguran
> Sabar
> Bertanggungjawab
> Rajin dan suka menolong
> Mahir berkomunikasi

No comments: